Wednesday, October 26, 2016

Panduan Tips Cara Menjalankan Bisnes Sewa Kereta

Sebenarnya saya memang mengidamkan untuk mempunyai syarikat kereta sewa sendiri. Tetapi atas faktor kewangan dan ketiadaan modal menyebabkan terbantut akan usaha tersebut. Tidak mengapalah jikalau saya belum lagi berkesempatan untuk membuka bisnes sewa kereta tersebut. Kalau anda mampu, berminat dan bersedia, marilah jalankan bisnes kereta sewa ini. Berminat? Saya pasti anda berminat. Siapa yang tidak mahu mempunyai perniagaan yang berasaskan servis dan kenderaan betul?

Saya ada seroang rakan. Ini kisah 8 tahun lalu. Dalam keadaan rakan rakan lain masih sambung belajar di peringkat ijazah (degree), beliau seorang sahaja yang tidak menyambung pembelajaran tetapi sudah mempunyai wang untuk menjalakankan perniagaan kereta sewa. Dan beliau berjaya membuka perniagaan beliau. Saya yang berminat dengan cerita ini terus datang dan melawat beliau kemudiannya dan bersembang lebih lanjut untuk mendapat gambaran bagaimana beliau lakukannya.

Usahawan kereta sewa

Panduan Lengkap Rujukan Cara Menjalankan Bisnes Sewa Kereta


Salah satu perkara yang menarik sudah tentu adalah berkenaan pendapatan yang kita dapat dalam bisnes sewa kereta tersebut. Beliau memberitahu yang pendapatan bersih beliau ketika itu adalah RM5000 sebulan. Itu adalah cerita 8 tahun lalu. Saya tidak tahu bagaimana kini. Sudah tentu semakin berkembang dan pendapatan juga turut bertambah. Lokasi tempat anda menjalankan bisnes kereta sewa adalah salah satu faktor penting kenapa dan sebab bisnes anda boleh berkembang.

Anda mahu menjalankan bisnes sewa kereta? Tetapi tidak tahu cara memulakan dan selok belok perniagaan kereta sewa? Tetapi memang berminat dan ingin serius dalam bidang ini? Saya menjemput anda mendapatkan Panduan Menguruskan Kereta Sewa ini dalam bentuk dvd. Anda akan belajar dan mendapat khidmat nasihat dari Tuan Wahi Bin Abd Rashid yang berpengalaman luas dalam mengendalikan perniagaan kereta sewa milik beliau sendiri. Mudah cerita anda akan belajar terus dari individu yang berpengalaman dan berjaya dalam bidang ini.

Testimoni sebenar kejayaan bisnes sewa kereta


Dan sudah tentu guru yang terbaik adalah dari individu yang berjaya dan berpengalaman dan masih terus menjalankan bisnes sewa kereta ini. Belajar sahaja dari beliau. Anda akan tahu cara memohon lesen, tentang penyelenggaraan kenderaan, pengalaman, tentang masalah bisnes kereta sewa, cabaran, cara mengurus, cara membuka syarikat, keuntungan dan banyak lagi. Semua itu boleh anda dapatkan dan pelajari melalui Panduan Mengurus Kereta Sewa ini. Dan panduan ini boleh anda dapatkan dengan hanya klik link di bawah ini. Selamat berjaya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

>>> Dapatkan Panduan Bisnes Kereta Sewa di Sini – [ Click Here ] <<<